Saturday 6 April 2013

Bahayanya Pengaruh Syiah di Malaysia Bahagian 2


Apakah perkahwinan Mut’ah

     Dalam bahasa mudahnya ialah perkahwinan kontrak atau kahwin perjanjian. perkahwinan bagi tempoh masa tertentu, yang menurut Mazhab Syiah adalah perkahwinan bagi masa yang telah ditetapkan, dan selepas itu, ikatan perkahwinan tersebut terlerai. Ini akan menyebabkan maruah wanita rendah sehingga ikatan perkahwinan dapat dilakukan selama satu malam sahaja.

     Bagi ajaran sunni perkahwinan cara ini adalah haram. Mut’ah dalam Syiah lebih banyak berpunca dari ajaran Majusi yang mengajarkan fahaman "seks bebas" di kalangan penganut-penganutnya. Syiah amat galakkan perkahwinan ini.

     Dalam mengkaji masalah nikah mut'ah, banyak menggunakan kaedah nasakh iaitu menghapuskan hukum syara 'dengan dalil yang datang kemudian.


     Hadith "Kami pernah melakukan mut'ah dengan maharnya berupa segenggap kurma dan gandum pada masa Rasulullah SAW", dinasakh dengan hadis yang turun selepas itu, "Wahai sekalian sahabatku bahawa aku pernah membenarkan kamu melakukan mut'ah dan ketahuilah bahawa Allah telah mengharamkan mut'ah itu sampai hari kiamat. Maka barang siapa yang ada padanya wanita yang diambil dengan nikah mut'ah, hendaklah ia melepaskannya dan janganlah kamu mengambil sesuatu yang telah engkau berikan kepadanya. "

     Berdasarkan hadis di atas, bahawa kahwin mut'ah pernah dibolehkan oleh Rasulullah SAW sebelum stabilnya syari'at Islam, iaitu dalam perjalanan dan peperangan, kemudian diharamkan untuk selamanya. Rahsia dibolehkan nikah mut'ah pada masa itu, ialah kerana masyarakat Islam masih peralihan, masa jahiliyah ke Islam. Sementara perzinaan masa jahiliyah merupakan sesuatu yang sudah biasa dan tersebar di mana-mana.

     Kemudian Islam menyeru kepada umatnya untuk pergi berperang, jauh dari isteri merupakan penderitaan yang cukup berat. Jadi nikah mut'ah merupakan suatu jalan untuk mengatasi masalah pada waktu itu.

Contoh beberapa fahaman syiah di Malaysia dan Iran

     Di iran contoh yang terkenal ialah Ahmadinejad. Beliau merupakan seorang yahudi. Namanya diubah ketika keluarganya pindah ke Teheran pada tahun 1950-an. Ketika itu beliau menganuti Islam bagaimanapun berfahaman syiah. Baca lebih lanjut di sini



     Di Malaysia, Khalid Ismath, pengganas Syiah Melayu yang berselindung disebalik perjuangan politik. Beliau merupakan pelajar tahun 2, jurusan Undang-Undang, UiTM Shah Alam. Bagi yang mengenali, manusia ini sangat jijik kerana mulutnya kerap mengeluarkan kata-kata sesat, cemuhan dan menghina para Ulama' Islam. Klik sini untuk cerita lebih lanjut.



     Banyak lagi pengaruh syiah lain. Antaranya di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan UM (Universiti Malaya) dan tidak kurang juga di Institusi Swasta. Keutamaan dan darjat seseorang didalam Islam, diukur dari aqidah dan tauhid orang tersebut kepada Allah SWT. Sebanyak apapun seseorang melakukan kebaikan, tetapi jika tidak memiliki iman, maka amal mereka seperti debu dimata Allah SWT.

     Marilah sama – sama kita sertai program Wakaf buku Ke Sekolah / Pusat pengajian Tinggi / Masjid. Terdapat 2 buah buku yang akan diberi percuma kepada Pelajar / Mahasiswa.

1. Siapa Syiah Sebenarnya – Ustaz Abdullah Din / Azfar Abdullah
2. Menjawab Putar Belit Syiah – Ustaz Abdullah Din.

     Jika berminat, boleh sertai program wakaf 5 set buku berkenaan dengan harga RM 50 sahaja.
Urusan penghantaran ke tempat dinyatakan akan diuruskan oleh pihak ABIM negeri Kedah
(019 – 8813100)

No comments:

Post a Comment