Thursday 18 April 2013

Apakah dimaksudkan ujian darah HbA1c


     Hari ini cik mie sedikit rajin untuk ngemas blog untuk kupas kemusykilan mengenai HbA1c. Ujian ini dilakukan di makmal selalunya menggunakan mesin High performance liquid chromatography (HPLC). Mesin ini menggunakan prinsip ratio keseluruhan haemoglobin menggunakan chromatogram.


     Nama lain bagi HbA1c ialah Glycated hemoglobin. Ia merupakan ujian makmal purata gula dalam darah selama 3 bulan sebelumnya. Ia mengukur bilangan molekul glukosa yang terikat kepada haemoglobin iaitu bahan yang berada dalam sel darah merah.

Glycated hemoglobin beginilah

     Secara normalnya paras HbA1c adalah kurang dari enam peratus bagi mereka yang tidak mengalami diabetes. Tetapi bagi individu yang berpenyakit diabetes mestilah kurang daripada tujuh peratus untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Peratusan ini menunjukkan bilangan molekul hemoglobin terikat secara kekal kepada glukosa.

     Jika sebaliknya, jika peratusan ini meningkat dari aras normal, ini menunjukkan kawalan gula individu tersebut tidak memuaskan. Individu tersebut berkemungkinan berisiko mendapat penyakit jantung, buah pinggang, saraf dan mata.

     Oleh yang demikian saudara harus memastikan segala nasihat dan arahan doktor untuk mengawal paras gula darah dipatuhi sepanjang masa, tidak hanya sewaktu ujian darah dilakukan. Jika ada sebarang kemusykilan, diharap dapat merujuk kepada doktor yang merawat

     Jika tinggi peratusan kadar HbA1C maka komplikasi penyakit lain akan meningkat. Menurut Diabetes Control and Complications Trial (DCCT) dan United Kingdom Prospective Diabetes Study (UKPDS) mengungkapkan bahwa penurunan HbA1C akan banyak sekali memberikan manfaat. Setiap penurunan HbA1C sebesar 1% akan mengurangi risiko kematian akibat diabetes sebesar 21%, serangan jantung 14%, komplikasi mikrovaskular 37% dan penyakit vaskuler perifer 43%

Kandungan gula darah mengikut peratusan HbA1C

Kandungan Gula Darah (mg/dl)
6             135
7             170
8            205
9            240
10           275
11           310
12          345

No comments:

Post a Comment