Tuesday 16 April 2013

Martabat wanita dalam islam.

     Islam amat mengangkat tinggi martabat wanita. Namun masih ramai yang tidak memahami hakikat disebalik larangan Allah ini. Bahkan ada yang merasa terkongkong dalam mengikut syariat islam ini. Islam tidak melarang wanita untuk bergaul dengan kaum bukan sejenis. 

     Namun begitu, terdapat batas – batas pergaulan yang dibolehkan. Tuntutan seperti menjaga aurat, larangan bergaul bebas dan menjaga akhlak dan tingkah laku.

     Islam tidak membataskan hubungan sosial wanita sesama manusia disebabkan bertudung. Untuk lebih pemahaman, marilah kita membuat perbandingan.


     Gula – gula yang berplastik dengan yang sudah dibuka plastiknya. Jika dibaling di tanah, yang manakah yang akan anda pilih. Sudah tentunya yang berplastik kerana tidak dikotori. Namun orientalis barat suka untuk melaga – lagakan kaum muslim mengatakan perbatasan ini adalah diskriminasi terhadap wanita. namun hari ini kemulian kaum wanita telah kembali seperti zaman jahillyah namun dalam bentuk yang tidak disangka. Sama ada kita menyedarinya atau tidak.


     "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Perumpamaan ini sering kita dengar dan perkatakan kepada sesiapapun terutamanya dalam memperingati anak-anak kita. Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita sememangnya terlalu banyak. Allah begitu sayang bagi menggambarkan layanan istimewa kepada wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran ataupun ideologi serta agama lain yang memberikan dan meletakkan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam memartabatkan kaum wanita.

Larangan berpegang tangan dengan wanita

     Kenapa Allah menyuruh wanita menutup aurat kecuali muka dan tapak tangan. Hal ini kerana wanita diciptakan jika bersentuhan dengan kulit lelaki maka akan terbatalnya wuduk.

      Isu Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi (Bukan Mahram) berbeza. Ada yang kata harus, ada yang kata haram, ada yang kata makruh dan ada kata hukumnya bergantung pada keadaan. Jika keadaan darurat seperti akan datang bahaya mudarat ke atas wanita contohnya menyelamatkan dari lemas, jatuh gaung/bangunan, membawa lari dari kawasan perang, dari bangunan kebakaran, dari hanyut banjir/tsunami dan seumpamanya, situasi ini hukumnya harus dan menjadi wajib pula jika ia benar-benar mudarat yang akan menyebabkan kematian.

     Namun sebagai umat nabi Muhammad, kita perlu mengikut sunnah nabi. Dari Aisyah, Tidak Pernah Nabi Berjabat dan Berpegang Tangan Secara Sengaja atau Semasa Berbaiat
Aisyah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah tidak pernah berjabat tangan dengan wanita bukan mahram. Banyak dalilnya yang sahih. Antaranya:

رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ امْرَأَةً قَطُّ
 "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah menyentuh tangan seorang wanita mana pun, beliau hanya mengambil baiat dari mereka. (Hadis Riwayat Muslim)

Niqab

Niqab

     Niqab ialah pakaian wanita muslim yang digunakan sebagai pakaian menutupi tubuh kecuali mata dan tapak tangan. Janganlah dilabelkan ini dengan tertutupnya wanita islam kepada dunia oleh orientalis barat. Menurut hukum, wanita diwajibkan menutup aurat kecuali dua tapak tangan dan wajah. Memakai niqab bukanlah kewajipan. Ia bergantung kepada kerelaan seseorang wanita tsb.

ALLAH MELIHAT SIAPA YG PALING TAQWA di antara kamu.....maka ALLAH mewujudkan DARJAT UNTUK MAHKLUKNYA( SYURGA NERAKA ADA LEVEL)

pilihan sendiri darjat mana yg mahu.....YG BENAR DARI ALLAH YG SALAH DARI saya....





No comments:

Post a Comment