Friday 24 May 2013

Ciri solat sempurna


     Perkara pertama yang akan dihisab oleh allah semasa hari kiamat ialah solat. Ini menunjukkan solat penting dalam semasa pengadilan Allah kelak. Oleh itu setiap manusia harus mengetahui cara untuk mencapai taraf khusyuk dalam solat. Bagaimana jika solat tidak diterima? Sekiranya begitu, amalan kebaikan yang lain juga akan tertolak. Sebaiknya penting untuk memperbaiki mutu solat kita.



Apakah yang dimaksudkan dengan solat sempurna.

  1. setiap pergerakan diselangi dengan toma’ninah (tenang, tertib, sopan dan tidak tergesa – gesa). Oleh itu penting untuk menjaga solat diawal waktu.
  2. Lidah menyebut bacaan dengan elok dan fasih dalam solat terutama bacaan – bacaan dalam solat.
  3. Bacaan – bacaan dalam solat difahami maknanya kerana memahami apa yang diucapkan memberikan penghayatan terhadap apa yang dibaca itu.
  4.  Hati sentiasa dalam keadaan khusyuk dalam solat iaitu tidak alpa dan lalai dengan hal duniawi.
  5. Orang yang melakukannya meyakini bahawa solat yang dilakukannya adalah sebagaimana solat Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-.

     Oleh itu, renungkanlah jika kita dikategorikan dalamnya.  Jika tidak, haruslah saudara berusaha untuk memastikan solat kita sempurna dan kemudian diterima Allah.

No comments:

Post a Comment