Friday, 3 May 2013

8 Tips Senang Kurus dan kekal langsing



     Setiap orang terutamanya wanita mementingkan penampilan bentuk tubuh – badan mereka. Kali ini terdapat cara senang dengan petua kurus berikut. Sesiapa sahaja boleh amalkan.


 1. Jadikan air masak / mineral sebagai minuman utama

Semasa makan, anda boleh minum minuman kegemaran anda, seperti jus oren, kopi/teh seperti biasa. Tetapi harus dipraktikkan minum air masak / mineral sama banyak atau lebih dari minuman kebiasaan kita.


2. Makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari

Cara ini selaras dengan anjuran nabi kita iaitu makan apabila lapar dan berhenti bila kenyang. Mereka yang pandai membahagi hidangan secara tidak langsung badan akan kurang penghasilan insulin yang mengawal kandungan gula dalam darah dan perasaan lapar.

3. Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari

Anda perlu kreatif dalam hal ini. Luangkan masa untuk anda berjalan kaki seperti menggunakan tangga, meletak kereta sedikit jauh ke tempat kerja atau memilih restoran yang memerlukan anda berjalan jauh ke tempat kerja. Ini kerana anda dapat maintain berat tanpa anda sedari.

4. Perbanyakkan warna biru dalam hidup anda

Warna biru dipercayai mengurangkan selera makan. Mungkin itu sebabnya jarang restoran makanan segera memilih warna ini. Elak warna oren, kuning dan merah kerana efek sebaliknya. Maksimumkan penggunaan warna biru seperti alas meja, warna dinding ruang makan, dan penggunaan baju.

5. Gunakan pinggan yang kecil

Secara psikologinya, jika banyak makanan terhidang akan menyebabkan anda lebih banyak makan tanpa sedari. Oleh itu, kurangkan lauk yang bayak dengan menggunakan pinggan yang kecil.

6. Makan bijirin untuk sarapan

Bijiran sarapan seperti Cornflakes atau Koko Krunch bukan untuk kanak-kanak sahaja malahan ia sesuai untuk orang dewasa. Mereka yang makan bijirin sarapan sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu menghadapi kurang risiko obesiti dan diabetes berbanding mereka yang memakan makanan lain untuk sarapan. Bijirin ini juga mengandungi serat, kalsium dan paling penting kurang lemak.

7. Makan dengan tenang dan perlahan

Secara saintifiknya otak manusia ketinggalan hampir 20 minit berbanding perut untuk memberi isyarat kenyang. Oleh itu, ambil masa untuk menikmati hidangan makanan anda, dan otak anda akan dapat memberi isyarat kepada anda untuk berhenti bila tiba waktunya.

8. Makan buah-buahan

Pilihlah buah2 yang anda suka, Buah – buahan lebih dicadangkan dari meminum sekotak jus kerana penggunaan gula. Selain itu, fiber dalam buah dapat beri kesan kenyang pada anda



No comments:

Post a Comment