Saturday, 6 April 2013

Bahayanya pengaruh syiah di Malaysia Bahagian 1


     Minggu lepas saya ada hadir ceramah kenali syiah di surau taman saya. Oleh itu, saya terpanggil untuk menulis post kali ini. Banyak dah pengaruh syiah yang makin menular di Malaysia.

     Dalam ceramah yang saya hadiri, Ustaz Abdullah Din menunjukkan rakaman suara seorang ustazah dengan beliau berdebat. Ustazah itu ditangkap kerana menyebarkan buku syiah secara percuma kepada pelajar. Bayangkan apa akan terjadi jika para pengajar mula taksub lagi tersesat menyebarkan fahaman ini. Tidak mustahil suatu hari Malaysia akan jadi fahaman syiah.


Ustaz Abdullah Din

     Siswa dan Siswi islam tidak mengapa kerana jika ada sekelompok kecil pengaruh syiah dalam pensyarahnya mengajar, terdapat pensyarah lain yang membasuh fahaman ini dari pelajar mereka. Maka dapatlah selamatkan pengaruh ini. Bagaimana pula dengan jurusan lain contohnya engineer, arkitek yang sedikit masa pengajian islam dalam jurusan mereka.

Siapakah sebanarnya Syiah


     Syi‘ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang sahaja. Muslim Syi'ah mengikuti Islam  berbeza dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad  dan Ahlul Bait-nya kerana menolak hadis yang berlawanan dengan kepercayaan mereka. 

     Puak Sunni kumpulan orang Islam yang memang berpegang pada sunnah Rasul. Kumpulan syiah bagaimanapun terdapat banyak perbezaan.Untuk mengetahui lebih lanjut Click sini

Marilah sama – sama kita sertai program Wakaf buku Ke Sekolah / Pusat pengajian Tinggi / Masjid. Terdapat 2 buah buku yang akan diberi percuma kepada Pelajar / Mahasiswa.

1. Siapa Syiah Sebenarnya – Ustaz Abdullah Din / Azfar Abdullah
2. Menjawab Putar Belit Syiah – Ustaz Abdullah Din.

     Jika berminat, boleh sertai program wakaf 5 set buku berkenaan dengan harga RM 50 sahaja.
Urusan penghantaran ke tempat dinyatakan akan diuruskan oleh pihak ABIM negeri Kedah
(019 – 8813100)

     Dalam post akan datang akan huraikan mengenai perkahwinan mutaah dan Beberapa lagi pengaruh syiah dan pemimpin syiah di Iran.

No comments:

Post a Comment