Sunday 24 November 2013

AWAS Rokok Seludup !!




     Amaran! merokok memang ternyata membahayakan kesihatan, tetapi apalah sangat dengan pelbagai amaran bahaya yang dinyatakan itu, seolah-olah tidak memberi kesan langsung kepada perokok tegar


     Bukan itu yang hendak dibincangkan. Dewasa ini, fonomena rokok seludup semakin menjadi - jadi. Dalam tempoh tertentu harga rokok sah di pasaran semakin meningkat harganya, fenomena ini sekali gus membuatkan rokok seludup atau haram menjadi pilihan perokok bagi mengurangkan perbelanjaan



     Umum mengetahui merokok membahayakan kesihatan, bagaimana pula dengan rokok seludup? Menurut kajian, Kandungan rokok seludup lebih bahaya dari rokok biasa. Hasilnya kandungan bahan kimia seperti arsenik dan kadmium yang tinggi.

     Kadmium ialah bahan kimia dalam bateri. Bahan ini menyebabkan kanser, merosakkan buah pinggang dan salur darah. Kadar nikotin juga banyak menyebabkan ketagihan.

     Kerajaan pula kerugian kira-kira RM2 bilion sejak Januari hingga September tahun ini, selepas gagal mengutip cukai berkaitan bahan tembakau. Ini berikutan aktiviti penyeludupan rokok besaran di sempadan negara.

Sama - sama kita banteras segera dengan klik sini..


No comments:

Post a Comment