Friday 10 May 2013

Dunia ini kerdil untuk ditangisi




     Kadangkala kesedihan menjadi penyebab kepada seseorang hamba untuk dekat kepadanya. Jadi kepada siapakah harus dicurahkan kesedihan kita? Kesedihan adalah fitrah kejadian manusia.

     Persoalannya wajarkah kita bersedih semata – mata hal duniawi? Banyak sebab manusia bersedih samada putus cinta dengan sang kekasih, hatta apabila kehilangan sesuata yang kita sayang. Gagal dalam ujian hidup juga kita turut bersedih.


Dalam sebuah hadis mengambarkan

 "Seandainya nilai dunia ini disisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun."

Nilai dunia tidak berharga dari seekor sayap nyamuk. Jadi untuk apakah kita harus bersedih dana an gelisah kerana hal dunia?

Dari hadis lain pula

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali gembira mengenali Allah.

Jadi, kita perlu kembali kepada hakikat bahawa kesedihan sebagi peluang untuk kita tingkatkan pahala daripadanya. Jangan kita lemparkan kesedihan didunia kerana dunia ini kecil untuk ditangisi.

No comments:

Post a Comment