Hari pekerja
disambut setiap tahun pada 1 mei. Ini membuktikan Negara menghargai jasa semua
rakyat Malaysia yang bekerja. Penat lelah seluruh rakyat dihargai..
Hari pekerja
disambut oleh semua jawatan tidak kiralah dari setinggi – tinggi pangkat
mahupun berpangkat rendah. Siapakah sebenarnya pekerja. Pekerja ialah golongan
yang bekerja di bawah MAJIKAN. Mereka diberi gaji setimpal usaha dibawah
MAJIKAN. Mereka inilah golongan pekerja.
Tetapi
ingatlah kita, tidak kiralah kita ini bekerja dibawah MAJIKAN atau bekerja
sendiri. Kita sebenarnya mempunyai MAJIKAN.
Siapakah
MAJIKAN kita??
Tidak lain
adalah ALLAH.
“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku..” [Surah Adz-zariyat, 51:56]
Oleh itu, tidak kiralah siapa anda kita perlu mengikut syariat dan
landasan MAJIKAN kita. Kenapa??? sebabnya ialah jika dia tidak menyukaimu pasti
gelap masa depanmu bukan??
Tapi mengapa kita tidak praktikkan apabila bekerja untuk ALLAH??
Oleh itu, pastikan bahawa setiap gerak kerjamu diperhatikan ALLAH.
Pasti hasil kerja akan lebih produktif dan berkualiti.. Bukan??
Ingatlah bahawa ALLAH tidak pernah terima rasuah.. andakah anda
penerima rasuah?? Ingatlah saudara ketika ALLAH sentiasa memerhatikan gerakmu..
ALLAH sedang menilai IMANmu, ALLAH sedang menguji TAQWAmu..
Satu perkara lagi yang perlu kita tanamkan
dalam hati. ALLAH itu sekali-kali tidak sama dengan majikan-majikan yang kita
kenali. Belas kasihan-NYA jauh lebih tinggi, kasih sayang-NYA jauh lebih
disegani, cinta-NYA jauh tidak terbahagi. Itulah ALLAH. Itulah RABB yang layak
disembah.
Abu Hurairah berkata: “Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Allah telah menjadikan kasih sayang-Nya terbahagi dalam seratus bahagian. Dia menahan sembilan puluh sembilan bahagian di sisi-Nya, dan menurunkan satu bahagian ke bumi. Dari satu bahagian itulah para makhluk saling kasih-mengasihi sehingga seekor induk binatang mengangkat cakarnya dari anaknya kerana takut melukainya.. [HR Muslim]
Cintailah DIA, kasihilah DIA, sayangilah DIA. Pasti hidup kita
akan lebih bermakna dunia akhirat..

No comments:
Post a Comment